Followers

Monday, October 3, 2011

laksa penang? no, thank you...


here's a thing.

aku tak suka laksa penang or laksa utara. yes, dalam banyak-banyak makanan, itu yang aku tak suka. bukan tak makan ye. cuma tak suka. there's a difference between the two. believe it or not, laksa utara tak pernah dibuat di rumah ini. means, mak aku tak pernah pun masak laksa utara sepanjang hidup aku 26 tahun kat muka bumi ni. mungkin sebab mak aku orang johor, jadi dari kecik dah biasa makan laksa johor. dibesarkan dengan laksa johor sahaja yang menggunakan spaghetti tu. 

ala...macam sesetengah orang tak makan laksa johor sebab dia guna spaghetti tu kan. ada yang bagi alasan tak makan laksa johor sebab kuah laksa johor yang pekat. well, same goes to me. aku tak suka laksa penang sebab dia bukan macam laksa johor yang berkuah pekat dan guna spaghetti. tapi aku takdelah sampai tak makan bila orang hidang. air muka orang kena jaga jugak. selagi aku boleh elak, aku elak. 

so, nak dijadikan cerita...hari tu ada jamuan di pejabat. of course lah kan banyak makanan penuh atas meja. and one of the dishes was laksa penang/utara. oleh kerana aku tak suka, jadi aku tak ambil lah laksa tu. aku makan sate, spaghetti dan lain-lain lah kan. tapi 'pembuat laksa' tu keep on insisting aku makan laksa dia. aku pulak taknak lah obvious sangat cakap 'saya tak suka laksa penang' jadi aku pun cakap lah 'nanti jap lagi saya try, banyak masa lagi nak makan hehe'...hoping that dia takkan perasan lah kalau aku tak ambil. bila aku tengah makan, dia siap cakap lagi 'jangan lupa try laksa saya tau!'...ahh stress aku! nak makan pun stress...

sekali tu, dia duk dekat-dekat dengan tempat aku makan dengan member. argh sudah, tak boleh lari dah. nak taknak terpaksa gak aku telan. nanti orang terasa pulak kalau aku tak makan. aku faham ada sesetengah orang yang sensitif soal makan ni. jadi aku pun ambillah sedikit laksa tu (sangat-sangat sikit tau!) untuk puaskan hati orang. bila aku dah setel makan, mungkin dia perasan aku makan sikit sangat laksa tu, terus dia tegur..."ezzan, you tak suka laksa yeee"...


source

hadoyaiiiii janganlah buat aku serba salah nak jawab soalan tu. tapi aku takmo dah pretend pretend, jadi aku terus terang je lah..."saya lebih suka laksa johor...mungkin sebab dah biasa makan laksa johor kot.." aku sengih je lepas beritahu tu. see, aku takde lah sampai cakap aku tak suka terus. kejam noo sebab kang terkasar bahasa lak. penat orang tu masak sekali kita kata tak suka. kecik hati. 

nasib baik dia boleh terima bila aku terus terang. tapi aku rasa biasa lah kan. tak semua orang suka apa yang kita suka kan. sebab aku pun pernah je terkena macam tu. mak aku buat spaghetti goreng bila ada sorang kawan aku datang. aku tak tahu pun dia tak suka spaghetti. mula-mula dia ingat itu mee. dia dah nak ambil dah. bila dapat tahu itu adalah spaghetti, terus dia letak balik pinggan dan terus cakap 'saya tak suka spaghetti'. walaupun agak terasa hati mula-mula tu, tapi difikirkan balik...tekak dia kan. takkan kita nak paksa gak dia makan kot. kang tak pasal-pasal dia muntah la plak.

source
will never say NO to laksa johor!..well, except yang kat laksa shack tu. haha!


footnote : eh tapi kan...kang kot kalau-kalau aku kahwin dengan orang utara ke nanti, nak tak nak mesti aku kena gak makan kan? entah-entah siap kena paksa lagi masak laksa tu? cewahhh....



No comments: